"Ikut Ekzos" - Ramai Hairan Tengok Tempat Parking Ini, Tertanya Cara Nak Keluarkan Kereta
Kemas pula tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya kita akan melihat tempat parking kereta akan ada jarak dari sesebuah kereta itu betul tak?
Ia adalah bagi memudahkan kita untuk keluar dan masuk nanti. Kalau rapat susah pula nanti nak keluar kereta.
Tetapi, tular sebuah video di TikTok ini memaparkan sebuah tempat parking yang dilihat beberapa buah kereta tersusun rapat telah menarik tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terkejut tengok cara kereta parking tersusun
Menerusi video tersebut kelihatan pemilik akaun sedang berada di sebuah lokasi tempat meletakkan kenderaan.
Dia kemudian terkejut melihat keadaan tempat parking tersebut kerana semua kereta kelihatan diletakkan sangat dekat namun tetap tersusun dan tidak berlanggar.
Rupa-rupanya difahamkan ia adalah valet parking yang disusun untuk pelanggan.
"Diaorang masuk ikut bonet depan ke?" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mempersoalkan bagaimana mereka akan memasuki kereta itu nanti.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 743.5K views, 39K likes dan 2,492 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!