seismik

[VIDEO] 'Tergedik' Dengan Suami, Isteri Panas Hati Lihat Pekerja Stesen Minyak Ini

Apa agaknya yang disembangkan tu ya.

Cover image via @sipinokio096 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita berada di stesen minyak, pasti akan ada pekerja di situ yang membantu kita kan?

Walaupun bukan semua, tapi kadangkala mereka yang akan membuat tugas seperti mengisikan minyak dan membersihkan cermin kereta.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang isteri meluahkan rasa 'panasnya' melihat seorang pekerja stesen minyak dan suaminya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

'Panas hati' tengok cara pekerja melayan suami

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu sedang berada di dalam kereta sambil suaminya pula di luar untuk mengisi minyak.

Namun, tiba-tiba datang seorang pekerja wanita menghampiri suaminya dan mereka mula berbual. Apa yang lebih membuat si isteri marah adalah gaya pekerja tersebut ketika bercakap dengan suaminya seolah-olah seperti 'gedik'.

SItuasi itu membuatkan isterinya bengang dan pekerja itu akhirnya beredar ke tempat lain.

"Masuk kereta auto kena bebel haha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang merasa terhibur melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 834.1K views, 73.2K likes dan 2,088 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sikit lagi isteri dia nak keluar kereta tu agaknya ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: