seismik

[VIDEO] "Asal Boleh" - Isteri Geli Hati Tengok Cara Suami Susun Telur Dalam Peti Ais

Niat dah betul nak susun tu.

Cover image via @njulianaahmad (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya kerja rumah akan dilakukan oleh isteri, tetapi ada juga yang dibantu oleh pihak suami

Ia semua terpulang pada kerjasama pasangan itu sendiri. Adalah lebih elok jika sama-sama membantu betul tak? Tolong susun pun jadilah.

Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang isteri geli hati melihat cara suaminya menyusun telur di dalam peti ais telah menarik tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@njulianaahmad

Aku imagine, masa dia susun tu mesti dia fikir tempat letak telur rosak

original sound - :)

Tak tahu rupanya salah letak tempat susun telur

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi lucu ketika dia sedang berada di rumah.

Dia menunjukkan telur yang bersepah di dalam peti ais yang disusun oleh suaminya. Rupa-rupanya, suaminya itu meletakkan tempat telur dengan terbalik ke arah bawah sehinggakan membuatkan ia bersepah. Situasi itu membuatkan si isteri geli hati melihatnya.

"Tak, masalahnya aku pun baru tahu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 285.4K views, 10.2K likes dan 111 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sekarang dah tahu, lepas ini jangan silap susun lagi ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: