Panggil Croissant Sebagai 'Roti Paung' Dalam Bahasa Ganu Ini Curi Tumpuan Ramai
Wow mewah betul makanan dekat Seberang Takir ni!
Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjamah pelbagai jenis makanan di Paris sambil menikmati pemandangan di situ merupakan impian semua
Terutama sekali mencuba croissant cicah air coklat panas yang boleh membuatkan sesiapa sahaja terliur apabila melihatnya.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi pengalamannya menikmati menu makanan tersebut telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Panggil croissant jadi roti paung dalam bahasa Ganu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @izaabolivar di TikTok, kelihatan seorang individu sedang mencuba menu sarapan pagi iaitu croissant berserta coklat panas di sebuah restoran pastri popular di Paris.
Apa yang mencuit hati adalah apabila individu itu dan kawan-kawannya telah berseloroh memanggil croissant sebagai roti paung diikuti dengan air coklat dalam loghat Terengganu. Tambahnya lagi, mereka juga mengatakan mereka sedang makan di Seberang Takir.
Umum mengetahui, Seberang Takir adalah salah satu kampung yang terletak di negeri Terengganu.
Dalam video itu juga dapat dilihat dia mencicah 'roti paung' berkenaan dengan 'air cokelat' dengan penuh selera.
Image via @izaabolivar (TikTok)
"Roti paung cicah air milo, pahtu cicah krim nyor haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 314.1K views, 26.6K likes dan 378 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontannya dan terdapat ramai rakyat Terengganu yang juga memberi komen mencuit hati mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @izaabolivar (TikTok)
Image via @izaabolivar (TikTok)
Image via @izaabolivar (TikTok)
Image via @izaabolivar (TikTok)
Image via @izaabolivar (TikTok)
Image via @izaabolivar (TikTok)
Image via @izaabolivar (TikTok)
Nampak sedap betul ya dia makan, terliur lah pula! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment