seismik

Wanita Dapat Kejutan Daripada Tunang Di Majlis Konvokesyen Ini Buat Ramai Cemburu

Comel sangat surprise!

Cover image via @zaitonkhalid08 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Majlis istiadat konvokesyen UiTM diadakan pada setiap tahun

Jadi sudah pasti ramai graduan yang sibuk menyediakan pelbagai kelengkapan untuk menghadiri konvokesyen seperti menempah baju, mencari makeup artis dan sebagainya. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi pengalamannya mendapat kejutan telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@zaitonkhalid08 I didn’t expect to receive this from my other half on my convo day. #fyp #xyzbca #uitm #uitmconvo original sound - Music World

Dapat suprise LED masa tunggu giliran naik pentas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zaitonkhalid08 di TikTok, kelihatan sebuah rakaman screenshot WhatsApp yang menunjukkan perbualannya bersama tunangnya yang menyuruhnya untuk memandang ke atas dan turut menanyakan keberadaannya. 

Dalam video itu dapat dilihat tunangnya memberikan kejutan dengan menunjukkan LED text iaitu tulis yang berbentuk "tunang saya lawa" di tempat duduk ahli keluarga graduan. 

Perkara tersebut telah membuatkannya terharu kerana tidak menyangka akan kejutan berkenaan.

"Sweetnyaaa kalau dapat jenis pakwe yang romantik" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 625K views, 73K likes dan 1,030 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut cemburu dengan kejutan tersebut dan ada juga yang memberikan komen mencuit hati mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin pun nak juga macam ni! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: