seismik

[VIDEO] Gelagat Pelajar Selamba Bawa Roti & Jem Masa Dalam Kelas Ini Buat Ramai Terhibur

Jimat duit beli breakfast kan!

Cover image via @nssynie (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau pelajar sudah semestinya akan sibuk bersiap untuk ke kelas pada waktu pagi bukan?

Sampai tak sempat nak beli breakfast. Oleh kerana tu, ramai pelajar yang ambik pendekatan untuk membawa makanan mereka ke kelas dan makan sebelum sesi pembelajaran bermula. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang pelajar membawa makanan di dalam kelas di sebuah universiti awam telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Bawa roti keping dan jem mentega kacang dalam kelas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nssynie di TikTok, kelihatan seorang pelajar wanita atau namanya, Julia sedang mengeluarkan roti keping putih untuk ditawarkan kepada rakannya di dalam kelas.

Dia dilihat menanyakan "mau ka?" kepada rakan sekelas di sebelahnya namun tergelak selepas menyedari dirinya dirakam. 

Paling mencuit hati apabila Julia dilihat menyapu jem mentega kacang atas roti berkenaan menggunakan sudu walaupun terdapat kehadiran pensyarah mereka di hadapan.

"Weh. Mentang-mentang lah lecturer kata jangan makan nasi lemak je dalam kelas saya, dia buat roti haha Julia" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 856.9K views, 78.6K likes dan 1,128 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan Julia dan ada juga yang geram dengan kecomelannya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul dia, tak puas tengok!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: