seismik

[VIDEO] Lelaki Rakam Nama Motosikal 'KawanKasi' Ini Jadi Bualan Ramai Netizen

Macam tak pernah dengar pula ya nama tu.

Cover image via @mhfauzie (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Motosikal besar menjadi kegemaran ramai terutama buat kaum lelaki

Tambahan lagi, jika menunggang motosikal ke mana-mana tempat sambil healing dan menikmati pemandangan indah.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video menunjukkan seorang individu merakam nama unik sebuah motosikal telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mhfauzie Kawankasi.. hahaha lawak la abam ni #funnyvideos bunyi asal - FETiH -

Nama 'kawankasi' tertera di motosikal

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mhfauzie di TikTok, kelihatan seorang individu merakam video nama unik yang tertera di sebuah motosikal semasa sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. 

Dalam video itu dapat dilihat nama motosikal warna hitam berkenaan adalah 'kawankasi' sambil penunggangnya bermain telefon bimbit. Perkara ini menyebabkan dia tidak dapat menahan ketawa kerana terhibur dengan nama tersebut. 

"Kawankasi pinjam ke, haha cute je" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 703.8K views, 45K likes dan 527 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan nama tersebut dan memberikan komen mencuit hati berkenaan kejadian itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tu memang nama motosikal ke atau sticker ya? Admin pun pening dah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: