seismik

Pemuda Beri Nasihat Jangan Letak Hoodie Di Tempat Duduk Pemandu Ini Raih Perhatian Netizen

Ingat ke memang ada orang dekat dalam tu ya.

Cover image via @acapness (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kalau berjalan-jalan kita akan tinggalkan barang-barang dalam kereta

Normal untuk kita letak dan tinggal baju dalam kereta kerana tidak mahu tertinggal untuk dipakai keesokan hari. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video menunjukkan seorang lelaki terjumpa sesuatu dalam kereta telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Jumpa seat kereta yang dipakaikan hoodie

Menerusi video yang dimuat naik oleh @acapness di TikTok, kelihatan seorang individu telah berkongsi sebuah nasihat supaya orang ramai jangan meninggalkan hoodie dan meletakkanya di seat kereta. 

Ini kerana dia telah bertemu dengan hoodie putih yang disarungkan di seat pemandu dalam sebuah kereta Myvi pada waktu malam, menyebabkan dia amat terkejut kerana ia dilihat seakan-akan seperti hantu pocong.  

"Kalau aku lalu situ dah pengsan atas simen haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 323.8K views, 24.3K likes dan 298 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin pun ikut terkejut ya tengok, ingat kan apa lah tadi :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: