seismik

[VIDEO] Lelaki Baju Biru Rap Battle Dalam 'Bahasa F' Ini Buat Ramai Terhibur

Yang faham je faham.

Cover image via @roystoremy2 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah semestinya jika ada masa terluang kita akan memilih untuk melakukan pelbagai perkara untuk mengisi masa lapang

Meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan membuat aktiviti yang menyeronokkan. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video menunjukkan sekumpulan lelaki  sedang membuat rap battle telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba rap battle dalam bahasa F dengan rakan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @roystoremy2 di TikTok, kelihatan seorang lelaki berbaju biru dirakam oleh seseorang sedang menyanyi rap gaya bebas sambil dilihat oleh kawan-kawannya dalam rap battle.

Apa yang paling mencuit hati adalah dia menyanyikan rap tersebut dalam bahasa F, dikenali sebagai bahasa perempuan yang suka membawang yang popular pada tahun 90-an. 

Perkara tersebut telah menyebabkan lawan di hadapannya hanya mampu menekup mulut dan menahan ketawa selepas mendengar rap berkenaan.

"Member tak tahan dah nak gelak tu haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 3.9M views, 523.6K likes dan 5,396 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan rap lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bukan biasa-biasa abang ni rap ya, tergamam admin :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: