seismik

Gelagat Abang Grab Tegur Pelajar Sekolah & Ajak 'Polis' Berkawad Ini Curi Tumpuan Ramai

Sangat random ya bang.

Cover image via @miendontcare (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau stres semestinya kita akan mencari perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan

Kesibukan kerja menyebabkan kita memerlukan aktiviti yang boleh merehatkan minda. Sebagai contoh, menari atau pergi ke pusat membeli belah untuk menonton wayang atau membeli makanan. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang pekerja Grab menegur pelajar-pelajar sekolah menengah telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tegur budak sekolah dalam mall untuk record video

Menerusi video yang dimuat naik oleh @miendontcare2 di TikTok, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan pekerja Grab sedang menegur pelajar-pelajar sekolah menengah yang memakai baju kokurikulum untuk merakam dirinya. 

Dia dilihat menyapa mereka di sebuah kedai Krispy Kreme untuk menolong merakam dirinya bersama seorang lelaki yang memakai seragam polis dan berkopiah. Namun apa yang mencuit hati adalah lelaki tersebut merupakan pelajar sekolah dan baju yang dipakai adalah pakaian seragam kadet polis. 

Paling menghiburkan adalah mereka berdua dilihat membuat posing thumbs up dan berkawad bersama-sama dalam video tersebut. 

"That budak dah faham assignment bila jumpa kau bang, kelakar betul haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 343.4K views, 49.5K likes dan 254 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar sangat sampai admin pun speechlees :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: