Gelagat Budak Perempuan Selamba Buka Selipar Bila Masuk Mall Ini Buat Ramai Boleh Relate
Comel betul!
Kalau kita bertandang di rumah orang sudah semestinya kita akan membuka kasut atau selipar yang dipakai sebelum masuk ke rumah bukan?
Ini bukan sahaja untuk mengelakkan daripada membuat kotor di rumah orang tapi juga menunjukkan adab yang baik.
Namun lain pula yang jadi apabila dalam sebuah video yang menunjukkan seorang budak perempuan sedang ke pusat beli-belah telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buka selipar sebelum masuk mall
Menerusi video yang dimuat naik oleh @saymaasyaaallah0 di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan sedang berjalan masuk ke dalam pintu masuk pusat beli-belah sambil berpimpin tangan bersama ayahnya.
Yang menghiburkan adalah dia telah bertindak membuka seliparnya sebelum masuk pintu masuk berkenaan. Dia dilihat cuba untuk memakai selipar itu kembali di atas karpet merah di depan pintu masuk tersebut.
"Her parents treat her well, its about manners, well done" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.5M views, 86.4K likes dan 1,396 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji dengan tingkah laku budak perempuan ini yang disifatkan sangat beradab. Ada juga yang geram dengan kecomelannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!