seismik

[VIDEO] Skill Lelaki Baling & Susun Tong Gas Letak Dalam Lori Ini Buat Ramai Kagum

Mantap betul skill dia!

Cover image via @sadezamani (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tong gas adalah benda yang amat penting untuk memasak

Sudah semestinya kita akan membelinya dari kedai-kedai berdekatan atau memesan dari penjual tong gas itu sendiri dan mereka akan menghantarnya ke rumah. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang mengangkat tong gas telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Angkat dan baling tong gas letak dalam lori

Menerusi video yang dimuat naik oleh @arifeddy di TikTok, kelihatan seorang individu berkongsi sebuah video seorang pekerja sedang mengangkat tong gas untuk diletakkan di dalam sebuah lori.

Namun menariknya adalah skill lelaki berbaju biru itu yang dilihat hanya membaling sahaja dan menjadikannya tersusun cantik dalam lori berkenaan. 

Dalam video itu juga dilihat cara kerja lelaki itu menyebabkan kerja tersebut menjadi ringan dan bekerja seakan-akan dengan tiga orang. 

"Ni memang otai. Bukan senang nak dapat skill ni, ramai patah pinggang angkat 1 gas kot. Brader ni relax je baling gas" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.9M views, 54.3K likes dan 3,490 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan skill hebat lelaki ini dan terkejut serta menyifatkannya ia kemahiran yang sangat istimewa. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam mana dia buat tu? Hebat sangat sangat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: