seismik

Gara-Gara Cuai Main Telefon Sambil Drive, 3 Buah Kereta Ini Habis Remuk Akibat Dilanggar

Kenapa jadi macam tu sekali?

Cover image via @aleng446 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebelakangan ini sering kali kita dengar banyak kes-kes kemalangan yang terjadi

Kereta yang berlanggar sesama sendiri akibat hilang kawalan atau penumpang itu sendiri yang melanggar kenderaan lain. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan tragedi berlaku di sebuah parkir kereta di deretan lot kedai telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Tiga buah kereta remuk dan hancur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aleng446 di TikTok, kelihatan seorang individu berkongsi sebuah video di mana tiga buah kereta kelihatan telah hancur dan remuk seperti dilanggar oleh kenderaan berat. 

Kerosakan yang dipaparkan amat teruk sehingga belakang bonet kereta itu dilihat hancur sehingga tidak nampak rupa asalnya, menyebabkan ramai yang duduk di kawasan kejadian untuk mengetahui hal sebenar. 

Difahamkan, kejadian berkenaan terjadi akibat kecuaian bermain telefon menyebabkan pemandu itu melanggar semua kereta yang diparkir. 

"Kalau aku ni nangis dah, dah lah kereta satu tu je nak guna pergi sana sini" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.8M views, 15.6K likes dan 496 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mempersoalkan kebenaran terjadinya tragedi ini dan bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa kereta berkenaan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hancur habis semua kereta tu, semoga dipermudah segala urusan mangsa

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: