[VIDEO] Semua Ahli Keluarga Kawan Turun Bersilat Ketika Majlis Kahwin Ini Buat Ramai Kagum
Hebat betul semua!
Terdapat banyak majlis perkahwinan yang diadakan pada bulan Syawal ini menjadikannya sangat meriah
Sudah semestinya pelbagai tarikan yang ada untuk membuatkan majlis itu lebih riuh rendah dan seronok. Antara acara yang boleh dibuat adalah persembahan silat yang mana merupakan salah satu tradisi Melayu yang dapat disaksikan ketika majlis bersanding.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sebuah keluarga sedang bersilat di majlis kahwin telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Semua ahli keluarga dan kawan bersilat ketika majlis kahwin
Menerusi video yang dimuat naik oleh @liyanaaa21_ di TikTok, kelihatan seorang individu merakam video sebuah pasangan sedang bersilat di majlis kahwin sambil dipandang oleh pasangan pengantin.
Ia kemudian disambung lagi dengan kemunculan sekumpulan lelaki berbaju Melayu dan wanita berbaju kurung berwarna kuning berarak masuk untuk bersilat yang turut disertai oleh pengantin lelaki.
Difahamkan, majlis persandingan tersebut merupakan majlis anak kepada pasangan suami isteri berkenaan dan mereka yang berarak masuk tadi adalah ahli keluarga kepada pengantin lelaki.
"Wah terbaik, best pula tengok satu family belajar silat macam ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.6M views, 150.1K likes dan 2,034 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kemahiran bersilat ahli keluarga ini dan bangga kerana tradisi Melayu yang masih dikekalkan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!