seismik

Tiru Mannequin Challenge Gaya Monyet, Gelagat Pelajar Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai

Macam-macam gaya ya.

Cover image via @wannnnnnnnnnnnn30 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehidupan di alam universiti sememangnya menyeronokkan

Meluangkan masa bersama kawan-kawan dan bersuka ria mampu menghilangkan segala tekanan belajar dan assignment yang berlambak. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan dua pelajar lelaki di sebuah kawasan di universiti telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:  

Buat mannequin challenge tiru style monyet

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wannnnnnnnnnnnn30 di TikTok, kelihatan dua pelajar lelaki sedang membuat mannequin challenge dengan meniru gaya seekor monyet di sebuah kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Monyet itu dilihat langsung tidak bergerak di sebuah longkang dan pelajar-pelajar tersebut kelihatan turut meniru gaya berkenaan.

"Aku ingat kan seekor, rupanya tiga" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.8M views, 286K likes dan 6,483 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka berdua dan ada juga komen mencuit hati berkenaan video itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Yang kelakarnya sampai ke sudah tak ada yang bergerak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: