seismik

[VIDEO] Tunjuk Transition Idol K-Pop Sebelum & Selepas Makeup Ini Buat Netizen Terhibur

Ingatkan betul tadi.

Cover image via @rubbishbun (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

K-pop merupakan satu genre muzik yang menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia

Ini sinonim dengan idola K-pop yang menjadi pujaan dengan visual yang menawan serta skill menari dan juga menyanyi yang mampu memikat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Kalau boleh semua hal tentang mereka kita ingin ketahui kan? 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membuat transition di TikTok telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Buat transition sebelum dan selepas makeup tapi letak gambar sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rubbishbun di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang membuat transition tiga idola K-pop sebelum dan selepas makeup iaitu Jungkook BTS, Mingyu Seventeen dan Hyunjin StrayKids. 

Namun yang menghiburkan adalah dia meletakkan gambar idola-idola tersebut sebelum makeup sahaja dan teruskannya dengan menggantikan gambarnya sendiri untuk selepas makeup

Bukan itu sahaja, dia juga memakai songkok hitam dan berbaju Melayu sebagai gambar transition untuk idola K-pop terakhir.

"Takpe nanti saya yang jadi fans engkau bang haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 44.3K views, 6,964 likes dan 441 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan transition yang dilakukan oleh lelaki ini dan ada juga komen mencuit hati. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin pun terkejut tengok konten ni tapi tu lah comel juga ya abang ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: