[VIDEO] Anak Saudara Jatuh Basikal Ketika Bermain Dekat Pokok Bunga Ini Bikin Dekah Ramai
Nampak sakit tu dia jatuh.
Bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak dan ia adalah normal
Bagi kanak-kanak yang masih kecil sebaiknya bermain di dalam rumah sahaja untuk memastikan keselamatannya terkawal dan juga mengelakkan daripada perkara buruk berlaku.
Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang budak lelaki sedang bermain telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Terjatuh dari basikal ketika bermain di luar rumah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pacito5555 di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki berbaju biru telah terjatuh dari basikal mainannya di pasu bunga ketika bermain di kawasan rumah.
Video itu telah dirakam oleh ayah saudaranya yang sedang menemani dia dan kakaknya bermain. Namun, apa yang lebih kelakar adalah wajah kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai 'Fateh' kelihatan kosong dan tiada reaksi serta langsung tidak menangis.
Dalam video itu juga dapat dilihat, kakaknya hanya berdiri tegak melihat kejadian itu terjadi.
"Pandai la Fateh buat mannequin challenge haha"
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.7M views, 333.2 likes dan 3,498 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak lelaki berkenaan dan kagum kerana dia tidak menangis walaupun terjatuh. Terdapat juga pelbagai komen yang mencuit hati mengenai kejadian tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!