[VIDEO] Marketing Iklan Tudung Bawal Magnetic Kaw Kaw Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
Mantap betul ya tudung bawal ni.
Pemakaian tudung yang cantik dan selesa amat penting bagi kaum wanita untuk bergaya
Tudung shawl atau bawal menjadi pilihan ramai wanita untuk dipakai. Oleh itu banyak kedai-kedai telah menyediakan dan menjual pelbagai jenis tudung yang selesa kepada kaum hawa ini.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu sedang mempromosikan iklan tudung telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Promote iklan tudung bawal magnetic sampai tersangkut dekat dinding
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yusfariq di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang mempromosikan iklan tudung terbaharu dari kedainya yang dipanggil sebagai 'The Jasmine.'
Tudung yang diperkenalkan itu adalah tudung jenis bawal yang pinless dan magnetic. Paling menghiburkan adalah bagaimana dia memasarkan manfaat tudung berkenaan dan cara tudung tersebut dapat disangkut dan melekat di tangga.
Lelaki berkenaan juga menyatakan tudung bawal tersebut tidak perlu dipin kerana sudah dijahit menjadikannya senang untuk dipakai. Dia juga menambah bahawa sesiapa yang membelinya hanya perlu clip, tarik dan adjust untuk kelihatan kemas.
"Abang punye marketing memang terbaik haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 3.8M views, 359.6K likes dan 5,680 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki ini dalam mengiklankan tudungnya dan cara marketing nya. Ada juga yang suka caranya menyebut "manjaaah" yang disifatkan addicting.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!