seismik

Jalan-Jalan Sambil Pakai Jubah, Ramai Geram Dengan Gelagat Comel Budak Lelaki Ini

Kenapa lah sampai jatuh tu ya?

Cover image via @mylelong99 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesibukan kerja membuatkan kita rasa ingin berjalan-jalan dan menghirup udara segar dan nyaman bukan?

Sambil-sambil keluar kita pasti akan turut membawa anak-anak atau ahli keluarga untuk berjalan-jalan bagi melihat pemandangan yang indah. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan-jalan di sebuah taman telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Jatuh ketika berjalan-jalan di taman rekreasi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mylelong99 di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki yang memakai baju jubah hijau dan kopiah sedang berjalan-jalan di sebuah taman rekreasi. 

Dalam video itu dilihat dia telah dirakam oleh seseorang sambil berjalan dengan cepat. Namun, lain pula yang jadi apabila dia telah terjatuh dan mukanya tersembam di atas rumput.

"Auto menyamar jadi rumput, malu kak awek nampak, apa pun awak sangat comel haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 580.3K views, 59.6K likes dan 1,227 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak lelaki berkenaan dan geram dengan kecomelannya. Terdapat juga pelbagai komen yang mencuit hati mengenai kejadian tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul dia. Tapi tu lah, okay tak tu dik?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: