seismik

Baru Nak ‘Feeling’ Layan Perasaan Sambil Nyanyi Lagu Sekali Anak Buah Ini Pula Buat Lawak

Sabar jelah bang kena kacau ya.

Cover image via @danialismaill_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita pasti pernah jiwang-jiwang sambil nyanyi lagu dalam rumah bukan?

Nyanyi lagu-lagu sendu dalam bilik mandi, ruang tamu dan juga dapur sambil melayan perasaan sendiri. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang menyanyi telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@danialismaill_ Ada je benda jadi bila nak layan perasaan #fyp original sound - Dan

Anak saudara ambil air berkarbonat masa tengah nyanyi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @danialismaill_ di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang merakam dirinya melayan perasaan sambil menyanyikan lagu yang bertajuk 'Bukan Ku Tak Sudi' oleh Iklim di dapur rumahnya. 

Namun, dia telah diganggu oleh bunyi botol air berkarbonat yang sedang dibuka ketika anak saudaranya mengambilnya dari dalam peti ais. Hal itu telah menyebabkan terdapat penampakan anak buahnya itu dalam video tersebut. 

Ia tidak tamat di situ sahaja apabila dilihat anak saudaranya mengalami kesusahan untuk meletakkan botol berkenaan di dalam peti ais semula sehingga menyebabkan air gas berkenaan tumpah terkena atas kepalanya.

Walau bagaimanapun, dia tidak menyerah dan tetap menyanyikan lagu itu sehingga habis. 

"Weh kalau aku dekat situ memang dah barai gelak, mesti budak tu cuak haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1M views, 99.4K likes dan 1,019 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat anak saudaranya itu dan ramai yang turut bersimpati dengan nasib anak buahnya yang tertumpahkan air gas. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tapi sedap betul ya suara abang ni, jatuh cinta Admin dengar :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: