seismik

[VIDEO] Gelagat Dua Beradik Perempuan Nak Beli Aiskrim Ini Buat Ramai Terhibur

Comel je mereka letak satu-satu aiskrim atas meja.

Cover image via @srisentosa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri amat meriah dengan kehadiran ahli keluarga yang sudah lama tidak bersua dan juga sanak saudara

Syawal adalah masanya untuk kita mendapat wang tambahan iaitu duit raya. Ia bagaikan tidak lengkap tanpa tradisi bermaaf-maafan sambil memberi duit raya di pagi raya.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan dua orang budak perempuan sedang membeli di sebuah kedai telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@srisentosa

Sampul raya skali dia bagi

Funny Song - Cavendish Music

Beli aiskrim letak atas meja sambil hulur sampul duit raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @srisentosa di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam gelagat pelanggan yang membeli aiskrim di chaletnya. 

Yang menariknya, mereka yang membeli aiskrim tersebut adalah dua budak perempuan yang di mana mereka telah meletakkan banyak aiskrim di atas meja untuk dibeli dengan hanya penampakan tangan mereka sahaja. 

Mereka dilihat telah meletakkan semua aiskrim di atas kaunter meja chalet berkenaan dan meletakkan sampul duit raya berwarna biru untuk membayarnya.

"Comel je masing-masing, it's the time untuk melabur hasil titik peluh pergi beraya, sekali sampul dia bagi haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 139.4K views, 12.7K likes dan 122 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geram dengan kecomelan dua budak perempuan itu dan terhibur dengan gelagat mereka berdua. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sedap pula tengok diorang beli aiskrim banyak-banyak ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: