seismik

Gelagat Pak Cik Buat Tarian Masa Anak Saudara Datang Beraya Ini Buat Ramai Terhibur

Comel je tengok lelaki itu kena ganggu.

Cover image via @anysfatihah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari untuk kita bergembira dan meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga dan saudara-mara selepas lama tidak berjumpa

Beraya, berkumpul bersama, mengeratkan silaturahim dan mengambil gambar untuk cipta memori dan mengabadikan kenangan hari lebaran melalui sesi fotografi.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan gelagat sebuah keluarga ketika raya di luar rumah telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@anysfatihah Memory raya : Membe baru nak acah acah sekali ayah sedare steal the spotlight #raya2023 original sound - - PRXKXS#

Menari gangnam style ketika anak saudara dirakam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anysfatihah di TikTok, kelihatan seorang lelaki berbaju Melayu hitam sedang dirakam oleh ahli keluarganya ketika berOOTD pada Hari Raya Aidilfitri di luar kawasan rumahnya.

Namun, lain pula yang jadi apabila dia telah diganggu oleh bapa saudaranya yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam video itu dan menari lagu 'Gangnam Style' oleh PSY ketika dia sedang syok berjalan sambil feeling.

Hal ini telah membuatkan ramai yang tertawa kerana terhibur dengan gelagat spontan bapa saudaranya yang tiba-tiba mencelah masuk. 

"Dalam keluarga memang akan ada pakcik-pakcik yang masuk air, bab menyakat bagi je dekat diorang haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 311.7K views, 20.3K likes dan 173 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan bapa saudaranya dan ramai yang juga menontonnya banyak kali. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar betul tengok pak cik tu menyelit masuk dalam video :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: