seismik

Rompakan Balas Dendam Pada Malam Raya, Strim Filem 'Raya Heist' Di Tonton Mulai 10 Mei Ini

Jangan lupa strim di Tonton!

Cover image via Tonton

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semangat setia kawan yang sejati pasti kekal utuh walaupun sudah bertahun-tahun terpisah

Itulah nilai yang dibawa oleh Borhan lakonan Fad Bocey, Dollah lakonan Hazama dan Nor yang dilakonkan oleh Nora Danish dalam filem original Tonton yang berjudul ‘Raya Heist.’

Mereka ini adalah tiga sekawan yang membesar bersama dan telah melalui pelbagai detik bersama termasuklah menjalankan aktiviti nakal seperti mencuri kambing dan hasil tanaman orang kampung. 

Namun, kehidupan masing-masing telah membawa haluan yang berbeza. Mereka telah terpisah selama 25 tahun. 

Image via Tonton

Pemergian mentor mereka, Ustaz Hashim, telah menyatukan tiga sekawan ini kembali

Mereka telah berjumpa semula di majlis pengebumian Ustaz Hashim. Hj Osman lakonan Aziz M Osman yang merupakan seorang ahli perniagaan dan orang kaya di kampung itu dipercayai menjadi punca serangan jantung Ustaz Hashim. Dia telah dipercayai menipu bukan sahaja Ustaz Hashim malah ramai lagi orang kampung.

Apabila mendapat tahu punca kematian mentor tersayang itu, rasa marah mula meluap-luap dalam diri Borhan. Dia nekad untuk membalas dendam atas kematian Ustaz Hashim. Walaupun berat hati, Dollah dan Nor juga bersetuju untuk menyertai misi Borhan ini. 

Menurut buah mulut orang kampung, Hj Osman memiliki jongkong-jongkong emas yang disimpan di dalam sebuah peti besi. Emas-emas itulah yang menjadi sasaran Borhan, Dollah dan Nor. Mereka juga mendapat bantuan rakan mereka yang bernama Amir (lakonan Amir RL). Amir merupakan seorang pakar gajet. 

Menjelangnya malam raya pada setiap tahun, Hj Osman pasti akan menganjurkan sebuah kenduri marhaban di rumahnya. Waktu itulah trio ini bakal menjalankan rompakan mereka. 

Image via Tonton

Mampukah Borhan, Dollah dan Nor serta Amir menjayakan rompakan ini? Jangan lupa strim di Tonton!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: