seismik

[VIDEO] Kembar Cat Dinding Kawasan Halaman Rumah Jadi View Pantai Ini Buat Ramai Teruja

Mantap lah mereka berdua ni.

Cover image via @aminxabid (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masa yang terluang boleh membuatkan kita dapat membantu ibu bapa dalam membuat kerja-kerja rumah

Bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tapi juga dapat meringankan beban ibu bapa kita. Selain itu, sudah semestinya, kita ingin membalas jasa mereka yang sibuk menjaga dan menyara hidup kita selama ini.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan pasangan kembar lelaki mengusahakan sesuatu untuk diberi kepada ibu bapa mereka.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@aminxabid

Dapur mak Pantai ayah

Roar - Katy Perry

Cat pagar kawasan rumah gambar pantai untuk mak ayah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aminxabid di TikTok, kelihatan dua beradik kembar lelaki sedang dalam proses mengecat dinding kawasan halaman rumah mereka dengan warna biru dan putih.

Mereka dilihat berusaha keras dan tidak berputus asa mengecatnya walaupun ketika itu matahari membahang panas. Dua beradik kembar tersebut iaitu Amin dan Abid juga dilihat melukis dinding berkenaan supaya kelihatan seperti pemandangan pantai.

"Wah, elok dah sangat tu. Pacak payung pantai. Meja santai-santai. Depan dapur tepi pantai. Cafe on. Hebat mak ayah anak-anak ni" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.4M views, 422.5K likes dan 2,736 comments di TikTok. 

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan skill adik-beradik kembar itu yang sebelum ini telah terkenal dalam membuat konten kreatif dan ada juga yang memuji hasil karya mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hebat sangat ni, memang lawa betul!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: