seismik

[VIDEO] Sayur Tauge Melekat Dekat Pipi Lelaki Masa Makan Di Kedai Ini Buat Ramai Terhibur

Kenapa sampai ke pipi tu ya?

Cover image via @ilmanzainal (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila kita bekerja atau melakukan sesuatu benda kita pasti berasa lapar kan?

Oleh sebab itu, kita akan menjamah makanan untuk mengenyangkan perut seperti membawa bekal makanan atau makan di kedai-kedai makan. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi pengalamannya di sebuah kedai makan telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Tauge terlekat di pipi lelaki ketika menjamah makanan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ilmanzainal di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam sebuah video rakan-rakannya menikmati makanan di sebuah kedai makan. 

Paling menariknya dalam video tersebut adalah dilihat satu helai sayur tauge telah melekat di pipi seorang lelaki beramput panjang di sebelah mejanya. 

Lelaki berkenaan dipaparkan melihat keadaan sekeliling seakan-akan sedang mencari sesuatu dan menggerakkan mulutnya seperti bercakap dengan seseorang. 

"Orang lain menanam tebu di tepi mulut, yang ini menanam tauge pula zaman-zaman millenium ni haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 321.8K views, 20.9K likes dan 484 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi spontan berkenaan dan ada juga komen mencuit hati. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sedap sangat tu makan sampai tak perasaan tauge dekat pipi :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: