seismik

[VIDEO] Lelaki Nak Potong Fishball Tapi Tindakannya Ini Pula Buat Ramai Pening Kepala

Eh bukan macam tu bang!

Cover image via @pejaisereng (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah semestinya kalau yang sudah bekerja atau sedang belajar akan memilih untuk memasak di rumah bagi menjimatkan duit

Apatah lagi, harga makanan yang makin mahal terutama di kawasan-kawasan bandar. Oleh itu, ramai yang masak makanan sendiri atau bersama kawan-kawan. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan dua lelaki sedang memasak di dapur telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Kawan tolong bagi papan pemotong tapi guna untuk potong fishball

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pejaisereng di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang merakam dirinya memotong bahan-bahan untuk dimasak di dapur rumahnya.

Dalam video itu dilihat dia memotong fishball menggunakan pisau pemotong kek sebelum ditegur oleh kawannya yang ketika itu sedang membasuh tangannya di sinki. Perbuatannya itu telah menyebabkan kawannya memberi papan pemotong untuk melapik fishball berkenaan.

Namun, lain pula yang jadi apabila dia telah menggunakan papan itu untuk memotong fishball tersebut menyebabkan kawannya memukul belakangnya kerana terkejut dengan tindakan spontan itu.

“Papan tu duduk bawah pisau potong kat atas, macam tu bang” - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah mencecah sehingga 922.5K views, 156.4K likes dan 2,833 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan lelaki ini dan terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga yang turut bersimpati dengan nasibnya yang dipukul.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam hal ya, apa-apa pun dah siap ke belum masak tu? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: