seismik

[VIDEO] Visor Helmet Tercabut Ketika Tunggu Lampu Isyarat Hijau Ini Bikin Dekah Ramai

Tiba-tiba jadi ya.

Cover image via @user11727757 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau naik kenderaan seperti motosikal atau kereta, pasti ada sesetengah orang akan merakam bagaimana mereka membawanya bukan?

Terutama sekali bagi penunggang motosikal besar. Rakaman ini bukan sahaja untuk merakam diri sendiri tapi juga dapat digunakan untuk mengelakkan daripada perkara buruk berlaku serta dijadikan bukti jika berlaku kemalangan. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita membawa motosikal besar sedang menunggu lampu hijau telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@user11727757

yang penting dia auto pass visor kat aku

original sound - rikikaka

Visor helmet tercabut ketika tunggu lampu hijau

Menerusi video yang dimuat naik oleh @user11727757 di TikTok, kelihatan seorang wanita merakam dirinya sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau sambil membawa motosikal besar bersama kawan-kawannya.

Apa yang mencuit hati adalah apabila visor helmetnya tiba-tiba sahaja tercabut ketika dia ingin membukanya. Perkara itu menyebabkan dia terus memberi visor berkenaan kepada kawannya di sebelah untuk meletakkannya di dalam bakul motosikal kawannya.

Dia dilihat bergelak bersama kawan-kawannya kerana terkejut dan malu akan kejadian tersebut serta mengulang kembali bagaimana visor itu boleh tercabut dengan mereka.

"Boleh pula dia pass dekat member macam tu je" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 232K views, 19.6K likes dan 224 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan tingkah laku spontan wanita ini yang terus memberi visor kepada kawannya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kenapa sampai jadi macam tu ya?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: