seismik

Lelaki Tangkap Gambar Dekat Cermin Beli Di Kedai Eco, Tapi Hasilnya Pula Curi Tumpuan

Macam pelik betul effect dia tu.

Cover image via @pojie_husny (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau mencari makanan atau barangan rumah yang berbaloi dan murah sudah semestinya kita akan membelinya di ECO shop bukan?

Rata-rata harga barangannya yang hanya RM 2.10 bagi setiap satu menjadikannya tempat pilihan kegemaran ramai untuk membeli-belah.

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video menunjukkan seorang lelaki berkongsi pengalamannya membeli cermin di kedai ECO telah meraih tumpuan ramai.

Lihat gambar perkongsian itu di bawah:

Ambil selfie tapi macam pakai filter

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pojie_husny di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang mengambil gambar swafoto dirinya menggunakan telefon bimbitnya di cermin selepas membelinya di ECO shop.

Namun, hasilnya amat berbeza dengan yang disangka kerana wajahnya dalam gambar swafoto kelihatan amat pelik dan seakan-akan seperti dia menggunakan filter.

Dalam video tersebut, dapat dilihat gambar di mana wajahnya kelihatan semakin kecil dan ada juga yang semakin mengembang diikuti telefon bimbitnya.

"Yang yakinnya pasang penuh terus sampai ke atas, time pasang tak nampak muka ke haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 872.6K views, 70.3K likes dan 1,414 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan lelaki itu dan ada juga yang boleh relate

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apalah, mungkin sebab murah kot dia jadi defect sikit :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: