[VIDEO] Individu Kongsi Cara Manual ‘Pembenihan Awan’ Ini Buat Ramai Terhibur
Menarik ya cara ni.
Fenomena bahang cuaca panas melampau yang melanda Malaysia ketika ini telah memberi kesan negatif kepada ramai orang
Suhu panas direkodkan sehingga 37 darjah celcius. Akibat terlalu panas menyebabkan terdapatnya banyak penyakit berpunca daripada ini seperti kekejangan haba, dehidrasi dan strok haba. Oleh itu, pelbagai inisiatif yang dilakukan supaya dapat mengurangkan rasa bahang tersebut.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi caranya untuk menurunkan hujan telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Tunjuk 'pembenihan' awan secara manual
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fdzyy03 di TikTok, kelihatan seorang individu sedang berkongsi cara pembenihan awam untuk menurunkan hujan di kawasan rumahnya.
Apa yang mencuit hati adalah dia telah membuat cara pembenihan awan secara manual. Dalam video itu, dia dilihat menyiram awan berkenaan dan juga jalan raya di depan rumahnya dengan paip air menyebabkan jalan itu menjadi basah.
"Ni bukan cloud seeding ini pembaziran air haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 165.4K views, 9,211 likes dan 193 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan komen yang mencuit hati berkenaan situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!