seismik

[VIDEO] Perkongsian Cara Kreatif Mandi Masa Musim Panas Ini Jadi Perhatian

Genius!

Cover image via @chaihuatto4 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuaca panas di Malaysia yang semakin teruk menyebabkan ramai yang terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk melakukan aktiviti outdoor

Kerana tidak tahan dengan bahangnya yang semakin teruk, ramai yang telah mencari inisiatif dan cara untuk meredakan rasa panas.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video menunjukkan seorang individu berkongsi cara mandi yang betul telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Letak penapis penuh air batu di bawah shower

Menerusi video yang dimuat naik oleh @chaihuatto4 di TikTok, kelihatan seorang individu sedang berkongsi cara mandi yang betul dengan menunjukkan shower di dalam bilik mandinya. 

Apa yang mencuit hati adalah 'mandi yang betul' tersebut dipaparkan dengan penapis yang dipenuhi air batu dan diletakkan di bawah shower berkenaan. Dalam video itu juga, dilihat air shower itu ditapis dengan air batu menjadikannya sejuk. 

"Mandi sejuk sejuk keluar bilik air dah berpeluh haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.9M views, 97.6K likes dan 1,253 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan tips tersebut dan memberi komen yang mencuit hati berkenaan video ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nanti admin try cara ni, tengok berkesan ke tak! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: