[VIDEO] Lelaki Tiba-Tiba Melatah Masa Pergi Rumah Hantu Ini Undang Tawa Ramai
Borak-borak mesra ni.
Mesti semua tengah dalam mood nak layan benda horror bukan?
Terutama dekat wayang sekarang tengah popular filem seram seperti Evil Dead Rise. Jadi untuk dapatkan mood itu sudah semestinya kita akan pergi ke rumah hantu untuk rasai sendiri bertemu dengan 'hantu' betul tak?
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika pergi ke rumah hantu telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Terkejut dan melatah sampai borak dengan hantu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aramerdosza di TikTok, kelihatan seorang lelaki berambut panjang sedang dirakam oleh kawannya di sebuah rumah hantu iaitu Creepy Chamber di Kuala Lumpur.
Namun dia telah terkejut dan menyebabkan dia tidak dapat menahan daripada melatah. Apa yang mencuit hati adalah dia dilihat melatah dengan berborak bersama hantu berambut panjang dan berbaju merah kebaya di sebelahnya.
Mereka juga dipaparkan 'berkomunikasi' dalam bahasa yang tidak dapat ditafsirkan, iaitu dengan mengilai, tangisan dan jeritan menyebabkan keadaan di situ agak kecoh.
Di akhir video berkenaan, lelaki tersebut dilihat sekali lagi melatah dan bercakap dengan hantu itu diikuti dengan gerakan tangan.
"Teringat kawan aku masuk rumah hantu, habis semua hantu dia karate sbb melatah. Kami punya la gelak. Hilang takut terus haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 330.4K views, 34.9K likes dan 476 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi latah lelaki itu. Ada juga yang boleh relate dan berkongsi pengalaman mereka yang mempunyai kawan kaki melatah.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!