seismik

Gelagat Lelaki Beli Aiskrim Masa Tunggu Traffic Light Hijau Ini Buat Ramai Terhibur

Kebetulan pula ya abang aiskrim tu ada.

Cover image via @nrifhzty (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sering kita bertemu dengan penjual makanan di tepi jalan sambil kita menunggu lampu isyarat

Ada peniaga yang menjual jeruk mangga, ada juga pebagai jenis spaghetti berhampiran persimpangan lampu isyarat

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sebuah pasangan suami isteri terserempak dengan peniaga aiskrim telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nrifhzty Beli ice cream kat traffic light pun boleh #fyp Funny - Gold-Tiger

Beli aiskrim sementara tunggu traffic light bertukar hijau

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nrifhzty di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam suaminya membeli aiskrim dengan seorang penjual motosikal di kawasan lampu isyarat. 

Dalam video itu dapat dilihat lelaki itu keluar daripada keretanya dan terus meluru ke arah penjual aiskrim tersebut yang turut menunggu lampu isyarat berkenaan bertukar hijau. 

"Ini mesti kes panas ni kan lepas tu kena hadap jem pula dua-dua sekali kena hadap" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 594.2K views, 45.9K likes dan 501 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan lelaki tersebut dan ada juga yang boleh memahami tindakannya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sedap juga ya makan aiskrim panas-panas macam ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: