seismik

Niat Nak Healing Tapi Spek Pula Hilang Masa Mandi Air Terjun Ini Buat Ramai Boleh Relate

Sabar bang, ini dugaan ketika musim panas.

Cover image via @thejerin (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesibukan kerja atau belajar menyebabkan ramai memerlukan masa untuk mencari ketenangan hidup

Ia boleh dikatakan healing. Meluangkan masa di tempat-tempat dengan pemandangan yang aesthetic dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video apabila seorang lelaki berkongsi pengalamannya healing telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@thejerin Elok nak healing dah jadi hea-lang. Elok mari bajet 100 , balik jadi 500 sebab kena beli spek mata baru #airterjunpanching #kuantan #healing sonido original - T R A P $ A D

Sedar hilang spek lepas mandi air terjun

Menerusi video yang dimuat naik oleh @thejerin di TikTok, kelihatan seorang lelaki dirakam sedang mandi sambil healing di sebuah kawasan air terjun di Panching, Kuantan.

Apa yang mencuit hati adalah ketika dia leka berseronok mandi-manda di kawasan berkenaan, spek matanya telah hilang. Dia dilihat menyedarinya semasa ingin membaiki keadaan 'spek mata' nya. 

Dalam video itu kelihatan dia mencari-carinya di sekitar kawasan dia mandi dan juga atas pahanya kerana takut terjatuh namun semuanya gagal. Difahamkan, dia masih tidak menjumpai spek matanya. 

"Spek mate kalau hilang, auto stress, auto angin satu badan, serba tak kena, kena pula cermin tebal special order kena tunggu 1 minggu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 405.7K views, 16.2K likes dan 126 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut boleh relate dengan lelaki ini ketika kehilangan spek mata. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau hilang spek, memang ibaratnya macam dua nikmat kena tarik (pekak+buta) ya. Admin harap sangat korang faham :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: