Polis Sahkan Pasangan Suami Isteri Buat 'Social Experiment' Di Kedai & Restoran Ditahan
Pasangan suami isteri itu ditahan di rumah mereka di Bandar Putera 2, Klang pada 5 petang semalam.
Tular baru-baru ini sebuah posting di Facebook yang memaparkan sebuah keluarga antivaksin dine-in di restoran menerima kecaman ramai di media sosial
Walau bagaimanapun, pihak polis memaklumkan telah menahan suami isteri yang bertindak memasuki beberapa kedai serta makan di restoran walaupun tidak lengkap dua dos vaksin Covid-19 seperti tular di Facebook sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bandar Putera 2 pada 5 petang semalam.
Katanya, penahanan itu susulan aduan diterima pihaknya berhubung satu muat naik di Facebook bernama Mujaheeda Soleha yang berkongsi mengenai sosial eksperimen yang dijalankan mereka.
"Perkongsian pemilik akaun itu turut mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.
"Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Image via Mujaheeda Soleha (Facebook)
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia
Jelasnya lagi, orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Terdahulu, satu screenshot daripada akaun Facebook yang dipercayai milik wanita berkenaan sedang melakukan sosial eksperimen untuk melihat sama ada boleh masuk ke kedai serta makan di restoran tanpa melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.
Dia juga dilihat dengan bangga menceritakan kejayaannya dan suami pergi ke beberapa premis termasuk kedai makan tanpa sebarang masalah.
Tindakan pasangan itu yang turut membawa anaknya makan di restoran itu mendapat kecaman orang ramai.
Image via Polis Klang Selatan (Facebook)
Semoga perkongsian ini dapat tingkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat luar sana & pentingnya untuk mematuhi peraturan serta SOP daripada MKN!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment