seismik

Tular Keluarga 'Antivaksin' Buat Social Experiment Dine-In Di Restoran Buat Netizen Berang

Siap bawa anak-anak kecil.

Cover image via @ctsarahaishah (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum semua mengetahui bahawa kerajaan telah mengumumkan kemudahan untuk golongan rakyat yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap

Antara kelebihan dan kemudahan yang diberikan ialah golongan penerima vaksin lengkap boleh dine-in di restoran, menaiki kenderaan mengikut kapasiti penuh dan tiada had sekatan 10km dalam daerah yang sama. 

Individu lengkap vaksin haruslah melepasi 14 hari daripada tarikh dos kedua bagi vaksin Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca. Manakala, individu yang menerima vaksin Johnson & Johnson dan CanSino perlu melepasi 28 hari setelah tarikh dos tunggal. 

Namun begitu, tular baru-baru ini sebuah posting di Facebook yang memaparkan sebuah keluarga antivaksin dine-in di restoran menerima kecaman ramai di Twitter

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Selamba buat social experiment dine-in di restoran bawa family sekali

Menerudi posting berkenaan, diyakini sebuah keluarga antivaksin sedang makan di sebuah restoran yang tidak dikenal pasti tempatnya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah dia sekeluarga selamba makan di restoran walaupun mereka belum menerima vaksin. Malah, mereka juga membawa anak-anak pergi ke restoran berkenaan. 

Dia dengan bangganya memuat naik posting berkenaan, tetapi posting tersebut telah dipadam setelah menerima kecaman daripada netizen. 

"Dia belum tau lagi langit tinggi ke rendah" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berang dan marah terhadap tindakan keluarga itu. Malah, ramai yang memesan supaya orang ramai tetap berhati-hati dan jaga SOP walaupun telah lengkap divaksin. 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 10K tweets, 1K quote tweets dan 6K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Semoga perkongsian ini dapat tingkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat luar sana!

Yang mana belum vaksin, jom daftar vaksin. Yang dah lengkap tu, jangan lupa follow SOP ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: