Pasangan Suami Isteri Jual Sate Dengan Harga 50 Sen Secucuk - "Niat Nak Bantu Pelanggan"
Semoga murah rezeki pak cik dan mak cik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang, ramai peniaga terpaksa menaikkan harga barangan atau makanan yang dijual atas faktor kenaikan kos bahan mentah
Namun, masih ada sebenarnya peniaga di luar sana yang meletakkan harga marhaen untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.
Seperti sepasang suami isteri ini yang menjual sate dengan harga semurah RM0.50 saja secucuk. Murah bukan?
Image via Sinar Harian
Jual harga murah sebab nak berkongsi rezeki di gerai sate B40
Menurut laporan Sinar Harian, suami isteri itu memilih menjual sate ayam pada harga 50 sen secucuk di belakang tapak pasar malam walaupun berdepan kenaikan kos bahan mentah.
Pasangan yang dikenali sebagai Nordin dan Halimatol Saadiah mengakui gembira dapat menjual sate dengan harga murah kerana mahu berkongsi rezeki di gerai sate B40 yang dibuka sejak Ogos tahun lalu.
Menurut Nordin, dia mempunyai alasan menjual harga sate 50 sen secucuk kerana mahu berkongsi rezeki selepas sebuah kejadian berlaku di gerainya.
Image via Sinar Harian
"Sepasang suami isteri menaiki motosikal singgah di gerai kami pada waktu malam untuk membeli sate untuk enam orang anak selepas dua bulan kami berniaga sate.
"Selepas bertanya harga sate RM1 secucuk, pasangan suami isteri ini membuat perkiraan dan beritahu tidak jadi beli dan cepat-cepat pergi.
"Saya cukup tersentuh dengan apa yang berlaku itu dan menurunkan harga sate ayam daripada RM1 kepada 50 sen secucuk," katanya.
Pasangan suami isteri itu kemudiannya datang ke gerainya semula dan terkejut melihat sate ayam dijual pada harga 50 sen secucuk.
Percaya rezeki akan datang kalau niat ikhlas untuk bantu orang lain
"Cukup seronok dapat melihat pasangan suami isteri ini beli sate pada harga murah untuk anak-anak mereka. Saya gembira dapat bantu mereka dan mahu kekalkan harga 50 sen itu.
"Saya percaya jika ikhlas bantu rezeki akan datang. Alhamdulillah tiga orang anak kami juga menyokong usaha yang dilakukan ini," katanya lagi.
Nordin berkata, setaka ini dia mampu menjual antara 400 hingga 600 cucuk sate setiap hari selain turut menerima tempahan daripada pelanggan.
Image via Sinar Harian
Bukan semua peniaga mampu buat macam ini. Semoga perniagaan sate mereka sentiasa maju dan berjaya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment