seismik

"Meth Slipper" - Geng Masjid BSP Buat Parodi Sebiji Macam Filem Sheriff, Ramai Kata Style!

Kreatif betul!

Cover image via @masjidbspofficial (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak ditayangkan 18 April lalu, filem Sheriff terus menjadi pilihan penonton dan sudah berjaya meraih kutipan RM16.3 juta selepas empat hari tayangannya

Lakonan mantap daripada barisan pelakon yang hebat-hebat belaka iaitu Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi serta melibatkan dua penerbit terkemuka iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw.

Dalam kehangatan sambutan filem tersebut, tular pula sebuah video di TikTok memaparkan ahli Masjid Bandar Seri Putra (BSP) membuat parodi trailer Sheriff.

Semua babak sama macam dalam trailer, siap buat skrip sendiri

Menerusi video berdurasi 1 minit 47 saat itu, kelihatan beberapa orang ahli masjid tersebut melakonkan semula kesemua babak di dalam trailer filem Sheriff.

Tetapi, apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila mereka kreatif membuat skrip baru dan jalan cerita yang sama.

Mereka juga menukar beberapa dialog dan gelaran seperti 'Meth Killer' kepada 'Meth Slipper' kerana video itu merupakan kolaborasi Masjid BSP bersama Fipper.

Lihat video penuh di bawah:

@masjidbspofficial

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (An-Nisa': 29) Jangan ambil ringan perbuatan mengambil barang orang tanpa izin. Mencuri adalah dosa besar. Belilah selipar sendiri di @Fipper. #Sheriffincinema #sheriff2024 #Sheriffcontest @skopofficial_ #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle #masjidbandarseriputra #fipper #SheriffTrailer #selipar

original sound - Masjid Bandar Seri Putra - Masjid Bandar Seri Putra

Pandai masing-masing bawa watak dan mainkan peranan ya. Boleh jadi pelakon dah ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: