"Patut Ada Kaftan Untuk Lelaki!" - Suami Saja 'Try' Baju Kelawar Isteri, Terus Jatuh Cinta
Lelaki memang teringin ke nak pakai baju kelawar?
Kaftan atau lebih dikenali sebagai baju kelawar adalah gaun yang labuh sehingga ke paras buku lali dan selalunya longgar
Baju kelawar ini boleh didapati sama ada berlengan panjang malah ada juga yang lengannya hingga ke paras siku sahaja.
Image via Google
Pemakaian baju kelawar selalunya dikaitkan dengan makcik-makcik atau wanita-wanita tua serta ibu-ibu yang sedang mengandung kerana ianya selesa dan tidak panas.
Namun begitu, buat masa kini, ramai wanita, tidak kira usia, gemar mengenakan baju kelawar lebih-lebih lagi ketika berada di rumah dan semasa hendak tidur kerana bajunya yang longgar membuatkan ianya rasa berangin. Selain itu baju kelawar juga murah dan boleh didapati di pasar-pasar malam.
Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila seorang lelaki membuat pengakuan sukakan keselesaan memakai baju kelawar
Kaum wanita memang sukalah apabila baju tidur ala 'makcik-makcik' mereka dipuji dan diakui keselesannya
Image via Twitter
Ada wanita yang beri tips lagi supaya baju kelawar tak nampak 'makcik-makcik' sangat
Image via Twitter
Ada juga wanita yang takut pakai baju kelawar tiap malam
Image via Twitter
Malah ada wanita yang saja nak tengok lelaki pakai baju kelawar
Wanita ini pula telah berkongsi yang suaminya juga suka memakai baju kelawar
Image via Twitter
Kaum lelaki pula ada yang samakan baju kelawar dengan jubah.
Tapi sama ke sebenarnya?
Lelaki-lelaki sekalian, memang teringin ke nak pakai baju kelawar?
Image via Twitter
Artikel ini sekadar hiburan sahaja, jangan ambil serius sangat, ya!
Lagi artikel kelakar di SAYS Seismik:
Leave a comment