"Patutlah Diam" - Ibu Sibuk Kemas Dapur, Sekali Tengok Baby Tengah Syok Kokak Mentega
Apa ni comel sangatlah!
Bagi sesiapa yang ada anak kecil, rumah bersepah itu adalah perkara biasa
Kalau dulu bolehlah ada masa untuk decorate rumah bagi nampak aesthetic. Sekarang bila dah ada baby, memang tak sempat nak buat semua itu. Betul tak?
Bayi yang semakin membesar pula selalunya akan bising apabila mereka sudah masuk ke fasa ingin bercakap. Tetapi, kalau mereka diam pasti ada sesuatu yang dilakukan.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang bayi seronok makan mentega senyap-senyap telah mencuit hati netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ibu tengah kemas baru dekat dapur, tak sangka pula anak tengah buat 'projek' tepi peti ais
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syakiladiyana, kelihatan wanita itu sedang mengemas barangan dapur.
Namun, apa yang mengejutkannya adalah apabila dia mendapati bayinya yang baru berumur lapan bulan sedang syok makan butter di tepi peti sejuk.
Lebih melucukan, sebaik saja 'projek' si kecil itu kantoi dengan ibunya dan butter itu diambil semula, dia dilihat menangis kerana terkejut.
Image via @syakiladiyana (TikTok)
"Dia ingat aiskrim ke tu? Haha sedap sangat tu marah ibu ambik" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 1.1M views, 56.3K likes dan 3.2K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah si comel itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @syakiladiyana (TikTok)
Image via @syakiladiyana (TikTok)
Image via @syakiladiyana (TikTok)
Image via @syakiladiyana (TikTok)
Image via @syakiladiyana (TikTok)
Alololo janganlah nangis dik, nanti mama belanja kek butter tau :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment