Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

PDRM Beri Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Secara Online Bermula 18 Jan Hingga 1 Feb

Penawaran diskaun secara online ini memberi peluang dan pendedahan kepada orang ramai untuk melangsaikan saman mereka dengan cara yang lebih mudah dan pantas.

Cover image via Google

Buat pengguna jalanraya yang mempunyai tunggakan saman, masanya telah tiba untuk anda melangsaikan saman trafik anda dengan tawaran diskaun masa terhad ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan potongan diskaun khas untuk saman trafik sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Januari sehingga 1 Februari ini.

Image via Berita Harian

Bagaimanapun, menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, penawaran diskaun yang cuma ditawarkan secara dalam talian atau online sahaja.

Hal ini untuk memberi peluang dan pendedahan kepada orang ramai untuk melangsaikan saman mereka dengan cara yang lebih mudah dan pantas.

Para pengguna jalan raya boleh membayar saman trafik secara dalam talian melalui laman web MyEG atau Rilek

Hanya dengan adanya internet, anda boleh membuat pembayaran saman polis secara atas talian di mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Langkah-langkah menggunakan portal MyEG:

Portal MyEG

Image via MyEG

  1. Layari laman sesawang MyEG dan mendaftar.
  2. Log masuk dengan maklumat pendaftaran anda tadi.
  3. Pilih pautan Polis Diraja Malaysia.
  4. Pilih SEMAK & BAYAR SAMAN PDRM.
  5. Seterusnya pilih/masukkan maklumat untuk semakan, saman yang ingin dibayar, pilihan bayaran.

Langkah-langkah menggunakan portal Rilek:

Portal Rilek.

Image via Rilek

  1. Layari laman sesawang Rilek dan mendaftar.
  2. Log masuk dengan maklumat pendaftaran anda tadi.
  3. Pilih menu Search By dan pilih cara buat semakan.
  4. Seterusnya pilih/masukkan maklumat anda, dan klik Next.

Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda masih mempunyai saman yang belum diselesaikan!

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment