Ini 11 Simbol Kecemasan Pada Kereta Yang Perlu Diketahui & Difahami Terutama 'Lady Driver'
Take note pls!
Jika anda selalunya bawa kereta seorang diri untuk ke mana-mana, adalah pentingnya untuk mengetahui setiap simbol kecemasan yang ada pada kereta
Dengan cara itu akan memudahkan lagi kerja anda jika kereta anda mengeluarkan simbol tersebut secara tiba-tiba. Barulah tak panik, bukan? Paling penting, anda akan lebih mengetahui apa yang patut anda lakukan untuk mengatasi masalah itu.
Tidaklah hanya berharap kepada lelaki atau orang yang lalu lalang untuk memberitahu apa sebenarnya masalah kereta anda.
Di bawah merupakan 11 simbol kecemasan serta perlu diketahui dan difahami oleh setiap orang yang mempunyai kereta:
1. Amaran brake tangan
Ada masalah pada sistem brek, ABS / cecair brake berkekurangan (Low brake fluid).
2. Amaran suhu enjin
Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkurangan.
3. Periksa cecair penyejuk
Cecair coolant/penyejuk kereta rendah. Check & tambah cecair penyejuk/coolant segera!
4. Amaran minyak enjin
Enjin kereta anda kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru.
5. Bateri kereta
Caj bateri kurang / alternator ada masalah. Sementara nak bawak pergi workshop, boleh stop guna aircond atau radio.
6. Beg udara
Berkemungkinan beg udara ada kerosakan & kena cepat-cepat ganti.
7. Amaran minyak brake
Cecair brake kereta anda berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brake pads habis.
8. Periksa enjin
Ada banyak faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor kereta anda ada masalah.
9. Lampu high beam
Periksa juga kalau-kalau anda terbuka lampu ini ketika waktu siang atau waktu yang tidak diperlukan.
10. Pemanas cermin belakang
Yang ni selalunya driver guna bila keadaan sedang berkabus.
11. Amaran penstabil kereta
TCS berada di dalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS - sistem yg kawal tayar daripada tergelincir & memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan.
Sumber: Twitter @dabooradzi via MauKerjaMY