seismik

"Polish Kereta Sampai Berkilat, Tapi Dalam Enjin Kotor" - Ini Tips Simple Untuk Cuci Enjin

Jangan jaga luaran je, dalaman pun kena jaga.

Cover image via Google

Penjagaan kereta adalah sangat penting lebih-lebih lagi jika ianya merupakan kenderaan dan aset pertama anda setelah bertungkus-lumus bekerja

Siapa yang tak sayang kereta bukan? Kotor sikit je, mesti hantar pergi spa kereta, cuci luaran siap polish, wax, coating dan sebagainya. Namun, tanpa anda sedari, penjagaan dan pembersihan luaran adalah tidak cukup.

Bagaimana pula dengan dalaman? Enjin kereta? Tak perlu dibersihkan dan dijaga?

Salah! Anda sebagai tuan punya kereta seharusnya menjaga kereta dari luar dan dalam. Supaya kereta anda sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, rapi dan tidak kotor walaupun di sisi yang anda tidak nampak.

Baca perkongsian penuh bagi tips mudah dan simple untuk menjaga kereta anda dari dalaman. Barulah berkilat macam baru lepas polish!

Image via Google

Sediakan tiga benda ini:

Anda perlu ada tiga benda ni:

Air, kain microfiber dan degreaser. Function tiga benda ini adalah untuk tanggalkan semua kotoran degil yang ada.

Degreaser jenama Nexus Lab.

Image via Twitter @AizatEjard

Apa yang bestnya guna degreaser ini anda tidak perlu gosok atau berus tempat yang kotor tu, spray sahaja dan biar 1-2 mins lepas itu terus jirus dengan air.

Untuk kereta yang lama, lebih digalakkan untuk jangan guna water jet sebab kereta tak ada engine cap, jadi distributor kereta anda akan terdedah dan mungkin ada komponen yang dah longgar. Jirus air macam biasa je. Sebelum anda basuh engine, tutup dulu distributor dengan plastik.

Kalau anda ragu-ragu tak short circuit ke kalau kena air? Boleh buka dulu battery jadi tak ada current flow. Selepas itu boleh basuh macam biasa. Seterusnya, lap dengan kain microfiber senang serap air, jangan biar basah macam itu sahaja.

Ini pula merupakan kebaikan degreaser jenama Nexus Lab:

1. Bukan alkali atau acid based tapi water based. Jadi takkan hakis cat, alloy takkan kusam.

2. Leather friendly. Getah takkan kembang kalau guna degreaser. Jadi, bahagian interior pun boleh guna, boleh jimat!

Oh ya, selain enjin kereta, banyak lagi tempat boleh guna degreaser ini. Nak hilangkan kesan tar dekat bahagian tayar pun boleh.

Sebelum dan selepas.

Image via Twitter @AizatEjard

Sebelum dan selepas.

Image via Twitter @AizatEjard

Degreaser ini boleh digunakan untuk basuh kereta ke? Jawapannya:

Bila tengok testimoni orang ramai selepas menggunakan degreaser ini, berkilat habis!

Selepas ini bolehlah cuci enjin kereta sendiri dengan menggunakan tips di atas! :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kaum hawa, take note!

You may be interested in: