seismik

Kereta Hybrid Jimat Minyak? Kalau Rosak, Hilang Penjimatan 10-15 Tahun Dari Kereta Biasa

Ngeri juga kalau pakai kereta jenis Hybrid ni. Sampai RM120K nak tukar bateri sahaja.

Cover image via Twitter @acaiijawe

Kalau nak beli kereta memang banyak perkara yang perlu difikirkan. Dari segi penjimatan penggunaan minyak, bayaran bulanan, penyelenggaraan dan sebagainya.

Sebelum membeli kenderaan, anda seharusnya mengambil kira kos lain yang mungkin pada mulanya masih belum nampak dan dikira ketika membeli kereta.

Contohnya, roadtax dan insurans tahunan, kos penyelenggaraan yang bakal ditanggung lebih kurang 2-3 kali setahun, jika tayar kenderaan anda bocor tengah jalan dan sebagainya.

Beli kereta mengikut kemampuan, jangan beli disebabkan minat anda tanpa mengambil kira kos yang bakal ditanggung nanti. Sakit poket oi!

Gambar sekadar hiasan

Image via Carian Semasa

Fikir sebaiknya jika ingin mendapatkan kereta idaman, mampukah anda menanggung kos penyelenggaraan kereta tersebut jika perkara yang tidak diingini berlaku?

Kalau nak jimat, pilihlah kereta jenis Hybrid

Kereta jenis Hybrid ini memang dianggap sebagai kereta masa depan kerana ianya mampu dan berkesan untuk menjimatkan bahan api dan pada masa yang sama juga ia hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah.

Oleh kerana kelebihan yang dimiliki oleh kereta ini, populariti kereta Hybrid kini kian berkembang. Ramai juga yang telah mempertimbangkan sama ada untuk menyingkirkan kereta konvensional mereka dan membeli sebuah kereta Hybrid untuk membantu mengurangkan kos penggunaan bahan api.

Image via blogspot.com

Namun, tak semuanya indah.

Seorang pengguna Twitter @acaiijawe telah mengulas tentang keburukan memilih kereta jenis Hybrid. Sampai perlu tanggung RM120k untuk tukar bateri sahaja.

Ngeri pula baca!

Baca dan fahami perkongsian di bawah:

Waranti bateri untuk kereta Hybrid adalah 8 tahun, tapi kadang-kadang ada bahagian elektronik lain yang rosak dan menyebabkan bateri tidak berfungsi

Kereta jenis Hybrid memang jimat minyak tapi kalau sekali rosak, habislah

Kalau nak jual kereta jenis Hybrid ini pula, memang harga turun mendadak. Rugi je.

Paling susah kalau nak tunggu spare-part dari Jepun/Korea. Lama betul!

Ada pula seorang pengguna Twitter lain iaitu @prasys yang juga pengguna kereta jenis Hybrid telah membahaskan tentang beberapa fakta kereta ini

Baca perkongsian penuh di bawah:

Image via Twitter @prasys

Bukan setakat itu sahaja, ada juga kes lain seperti air tumpah dalam boot belakang dan dibiarkan. Namun, isunya bukanlah kerana bateri.

Image via Facebook
Image via Facebook

Jenis orang yang tak pandai bawa kereta pun boleh jadi masalah juga

Image via Twitter @prasys

Peringatan buat mereka yang ingin membeli kereta jenis Hybrid:

Image via Twitter @prasys

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Jika dilanggar belakang, jangan panik. Ikuti tips ini:

You may be interested in: