seismik
Pada 24 April Nanti, JPJ Pulau Pinang Bakal Buat Lelongan Kereta Terpakai Serendah RM700!
Murah habis!
Cover image via
Penang Kini / Facebook
Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Pulau Pinang (JPJ) telah mengumumkan bahawa pihak mereka bakal mengadakan acara lelongan kereta yang disita pada 24 April akan datang
Image via Penang Kini / Facebook
Menurut laporan Penang Kini, lelongan awam kenderaan yang disita tersebut bakal diadakan di Pejabat JPJ Seberang Jaya bermula jam 8:30 pagi.
Kesemua kereta yang bakal dilelong dikatakan berjenama luar negara dan sebanyak 92 buah kereta bakal menjadi rebutan orang awam.
Image via Penang Kini / Facebook
Berebutlah semua orang nanti...
Kenderaan yang bakal dilelong ini telah disita ekoran pelbagai jenis kesalahan dan bakal dijual kepada orang awam dengan harga serendah RM700 hingga RM13,000
Di bawah merupakan antara senarai kenderaan yang bakal dilelong pada 24 April nanti:
- Nissan Sentra 1.6 (2005) – RM700
- Toyota Estima (2005) – RM1,000
- Audi A6 2.4 (2006) – RM7,000
- Toyota Wish 1.8 (2004) – RM5,000
- Toyota Vios 1.5 (2007) – RM6,000
- Honda Civic 1.7 (2004) – RM5,000
- Mazda 3 2.0 (2005) – RM5,000
- BMW 523i (2005) – RM7,000
- Toyota Harrier 2.4 (2004) – RM9,000
- Mazda RX-8 (2007) – RM12,000
- Honda Integra 2.0 (2006) – RM9,000
- Mercedes Benz E200 (2002) – RM4,000
- Subaru Impreza 1.6 (2007) – RM7,000
Image via Penang Kini / Facebook
Image via Penang Kini / Facebook