Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Peduli Seks: Kolaborasi SEISMIK, OHBULAN! Bersama NGO & Pihak Sekolah Terima Sambutan Baik

Seronok dapat kongsi ilmu dan pendidikan seks dengan adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku!

Cover image via Seismik

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepanjang November ini, Seismik dan OhBulan! melancarkan kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu bertujuan mengetengahkan masalah sosial berkaitan pendidikan seksual dan kepentingan generasi baru untuk memahaminya

Untuk merealisasikan objektif kempen ini, Seismik dan OhBulan! mengadakan kolaborasi bersama pihak NGO iaitu Spot Community Project dan beberapa buah sekolah untuk memberi pendedahan mengenai pendidikan seksual kepada para pelajar.

Semalam, 4 November, kami ke Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya (SKKT) dan kempen ini berjaya mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar tahun 4, 5 dan 6 di sana.

Image via Dania Hamdan (SAYS Seismik)

Image via OhBulan!

Antara topik yang diketengahkan kepada pelajar adalah seperti akil baligh, apa yang dimaksudkan dengan seks, anggota badan yang tidak boleh disentuh oleh sembarangan orang, jenayah seksual, keselamatan serta batas dengan orang luar dan sebagainya.

Pelajar di SKKT turut memberikan kerjasama dan faham akan apa yang disampaikan oleh pihak NGO yang berperanan sebagai fasilitator program ini.

Program roadshow yang pertama semalam diakhiri dengan pengenalan kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu oleh wakil daripada Seismik, Zaidi Aziz.

Banyak informasi dan video pendek Public Service Announcement (PSA) turut ditayangkan kepada para pelajar untuk mereka lebih tahu tentang objektif kempen.

Image via Dania Hamdan (SAYS Seismik)

Image via Dania Hamdan (SAYS Seismik)

Pihak sekolah berbesar hati terima kolaborasi secara percuma dengan NGO dan media

Dalam pada itu, kami sempat menemu bual Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, iaitu Che Ramli bin Tausa mengenai pendapat dan kerjasama kempen Peduli Seks ini.

"Kempen ini dapat memberi peluang kepada semua murid untuk tahu apa tentang pendidikan seks kepada diri mereka, dan menjadi keutamaan serta dititikberatkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Bagi saya, ini perkara penting yang perlu murid-murid di sekolah saya tahu. Yang pertama, dia akan tahu dari segi bagaimana perubahan fizikal pada diri dia.

"Yang kedua, berkaitan dengan keselamatan diri dia. Jadi sekurang-kurangnya, dengan pendidikan seks ini kepada pelajar didedahkan dengan keselamatan tentang bagaimana nak protect diri mereka daripada gangguan seksual.

"Saya ucapkan terima kasih tentang program yang sangat bermakna ni. Ini merupakan kerjasama secara percuma yang pertama buat kami. Saya harap murid-murid akan dapat menyelamatkan diri dia daripada perkara yang tidak baik, khasnya berkaitan dengan gangguan seksual," katanya.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Che Ramli bin Tausa

Image via Dania Hamdan (SAYS Seismik)

Manakala, pihak NGO yang terlibat iaitu Spot Community Project gembira dapat capai lebih 2,500 kanak-kanak untuk educate tentang pendidikan seksual

Menurut Program Manager Spot Community, Alya Maryam, SKKT merupakan sekolah ke-12 yang mereka jelajah dalam tahun ini.

"Kami berharap dapat untuk pergi ke lebih banyak sekolah untuk mendidik lebih ramai kanak-kanak. Mungkin boleh pergi ke luar bandar pula," katanya.

Image via Dania Hamdan (SAYS Seismik)

Image via Dania Hamdan (SAYS Seismik)

Lihat video roadshow kami di bawah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment