Pelajar Tahfiz Berusia 7 Tahun Ini Maut Dipukul Rakan Gara-Gara Tidak Puas Hati
Mangsa sepatutnya ada masa depan yang cerah. Al-Fatihah...
Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan satu kes berkaitan seorang lagi pelajar tahfiz yang dibuli dan dipukul dan kali ini sehingga menyebabkan kematian
Seorang pelajar lelaki sebuah maahad tahfiz, Muhammad Aimin Nurul Amin yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia dipercayai dipukul rakannya di Lanchang, Temerloh pada 7 November 2019.
Image via Buletin TV3
Memetik laporan Harian Metro, mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pada jam 1 tengah hari sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan.
Pelajar tersebut kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan kini menjalankan siasatan mengenai kes tersebut
Image via NST
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa. Kesan lebam itu ditemui di bahagian sebelah kiri, bahagian pinggang, bahu dan luka di bahagian bibir.
"Sehubungan itu, kita menahan tiga rakan mangsa yang juga pelajar maahad yang berusia 13 tahun untuk siasatan lanjut. Motif kejadian dipercayai adalah tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa sepanjang berada di asrama berkenaan.
"Maahad berkenaan hanya mempunyai empat pelajar sahaja termasuk mangsa dan ia mula beroperasi sejak Januari lalu. Mangsa mula belajar di maahad berkenaan pada pertengahan Oktober lalu bersama abang tirinya," katanya.
Pusat maahad tersebut beroperasi tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
“Maahad itu hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar yang juga suami kepada warden wanita berkenaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan bedah siasat akan dilakukan pada hari ini," katanya lagi.
Image via Buletin TV3
Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Banyak betul kes buli sekarang ini!
Leave a comment