Pemain Badminton Usia 17 Tahun Kejang Lalu Rebah Di Court Sebelum Meninggal Dunia
Difahamkan, Zhang Zhijie dari China sedang menentang Kazuma Kawano dari Jepun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pemain badminton muda dari China telah meninggal dunia selepas tumbang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta, Indonesia
Menurut New Straits Times, Zhang Zhijie yang berusia 17 tahun sedang bermain perlawanan ketiga China menentang Jepun di Dewan Sukan Among Rogo pada hari Ahad, 30 Jun.
Zhang pada ketika itu berada di mata 11-11 dalam permainan pertama menentang lawannya sebelum dia tiba-tiba rebah.
Image via googleapis.com
Insiden itu disahkan dalam satu kenyataan Badminton Asia dan Persatuan Badminton Indonesia
"Zhijie sedang berlawan menentang Jepun lalu dia tumbang dan diberikan bantuan oleh doktor dan pasukan perubatan.
"Dia dibawa ke hospital dan telah disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 malam waktu tempatan semalam," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini, 1 Julai.
Penganjur juga mengucapkan takziah kepada keluarga Zhang dan Persatuan Badminton China, sambil berkata, "Dunia badminton telah kehilangan seorang pemain berbakat."
Image via Badminton Asia (Facebook)
Untuk rekod, Kejohanan Badminton Junior Asia akan berakhir pada 7 Julai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment