Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pemerkasa Plus: Ini Senarai 'Bantuan PKP 3.0' Yang Diumumkan Oleh PM Untuk Rakyat Malaysia

Nilai keseluruhan program Pemerkasa Plus adalah berjumlah RM40 bilion.

Cover image via Berita RTM (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) sebanyak RM40 bilion membantu rakyat dan ekonomi yang terjejas

Menerusi pengumuman perutusan khas sebentar tadi, beliau menjelaskan matlamat bantuan itu dilaksanakan adalah untuk memerangi wabak Covid-19; memelihara kebajikan rakyat; dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Berikut di bawah adalah antara inisiatif akan dilaksanakan di bawah 'Pemerkasa Plus' yang anda perlu tahu:

1. RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Image via Pemerkasa Plus

BPR Tambahan:

  1. Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima bantuan RM500
  2. Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 - RM5,000 terima bantuan RM300
  3. golongan bujang akan menerima RM100

2. Moratorium pinjaman selama 3 bulan dan pengurangan bayaran balik ansuran 50% selama 6 bulan

Image via Pemerkasa Plus

3. Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing

Image via Pemerkasa Plus

4. Kerajaan lanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas selama 3 bulan mulai Julai hingga September 2021

Image via Pemerkasa Plus

5. Kerajaan lanjut pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Disember

Image via Pemerkasa Plus

6. Seramai 2 juta belia, penuntut IPT layak dapat kredit RM150 menerusi program e-Belia yang pendaftarannya dibuka mulai 1 Jun

7. Pengecualian bayaran lewat pembaharuan lesen perniagaan, 31 Disember 2021 untuk PKS mikro, milikan tunggal & perkongsian

Image via Pemerkasa Plus

8. Pelanjutan program subsidi upah sebanyak RM1.5 bilion untuk 1 bulan bagi semua sektor ekonomi terkesan

Image via Pemerkasa Plus

9. Gaji menteri, timbalan menteri selama tiga bulan mulai Jun akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment