Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pemuda Pegang 'Title' Jutawan Di Usia 19 Tahun, Bermula Hanya Menjual Kasut & Kerepek Saja

Wow, hebat anak muda!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja dalam dunia ini yang tidak mahu memegang atau merasa status sebagai seorang jutawan, betul tak?

Ia merupakan impian ramai orang. Tetapi, kalau niat anda tidak seiring dengan usaha dan kerja keras, simpan sajalah angan-angan nak jadi jutawan itu.

Kali ini, kami akan kongsikan kisah seorang remaja lelaki yang mendapat title jutawan di usia seawal 19 tahun. Apakah agaknya rahsia pemuda itu ya?

Image via @munashraf (Instagram)

Bermula dengan menjual kasut semasa berumur 15 tahun

Menurut sumber, pemuda bernama Munashraf Munawar itu memulakan bisnesnya dengan menjual kasut pada usia 15 tahun sebelum mengasaskan Biovet, sebuah syarikat yang berkembang maju bernilai RM26 juta.

Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau meneruskan usahanya dengan menceburi pelbagai bidang seperti jualan langsung dan perwakilan produk.

Pokok pangkalnya, kejayaan beliau adalah disbebkan beliau seorang yang berani mencuba. Pernah menjual balang coklat di tepi jalan, Munashraf berazam untuk menguatkan lagi kemahiran dalam pengurusan perniagaannya.

"Saya ada jualan terus, menjaja balang coklat di tepi jalan. Saya juga menjadi agen kerepek dan keju keropok. Apa saja yang boleh dijual, saya jual," katanya.

Image via New Straits Times

Kini, Munashraf kian berjaya melebarkan bisnesnya dengan menjual makanan dan vitamin kucing jenamanya sendiri iaitu Biovet

Apa yang mengagumkan, Biovet telah mencapai kejayaan yang luar biasa, dengan jualan hampir RM1 juta dalam tahun pertamanya.

Pada usia 19 tahun, Munashraf telah mencapai kejayaan yang luar biasa untuk meraih status jutawan.

Malah, sumbangannya kepada cukai pendapatan melebihi RM500,000 pada usia 21 tahun mengukuhkan lagi statusnya sebagai usahawan muda yang memberi impak ekonomi yang besar.

Image via @munashraf (Instagram)

Lihat temu bual penuh bersama beliau di sini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment