"Pencabul Tertinggal Selipar" - Lagi Kejadian Kes Cabul Wanita Berlaku Di Tamarind Square
Kejadian terbabit terjadi di tempat parkir Tamarind Square.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda masih ingat pada tahun lalu, seorang wanita telah diserang secara seksual di hadapan anak perempuannya di tempat letak kereta di Tamarind Square. Kini, muncul lagi kes wanita dicabul di lokasi yang sama.
Menurut pengguna Twitter @nrsyfreyna, dua rakannya telah diganggu dan diraba oleh seorang lelaki di Tamarind Square semalam.
Akan tetapi, rakannya itu terpaksa berdiam kerana salah seorang rakannya itu mengandung dan takut akan merbahayakan keselamatan mereka jika mereka menjerit.
Lalu, laporan polis telah dibuat dan pihak polis memberitahu bahawa pihak pengurusan masih berdiam akan isu tersebut.
Walau bagaimanapun, wanita itu turut mendakwa bahawa pihak polis telah meminta rakannya menarik laporan ekoran ketiadaan bukti yang mencukupi.
Terdapat lagi kes cabul pada hari yang sama selepas kejadian awal berlaku
Selain itu, pengguna Twitter @asymqw_ turut berkongsi kes cabul yang berlaku di tempat letak kereta bawah tanah Tamarind Square pada hari yang sama.
Menerusi perkongsiannya, dia mendengar ada suara orang menjerit lalu dia pun membunyikan hon kerana tidak pasti dari arah mana suara itu.
Kemudian, dia ternampak seorang wanita yang ketakutan di bahagian tempat menaiki lift. Lalu, wanita tersebut yang trauma turut bertanya jika dia ada terlihat lelaki yang cuba mencabulnya sebelum melarikan diri dan kejadian ini telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Image via Cyberjaya City
Kedua-dua mangsa dipercayai diserang oleh pelaku individu yang sama
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua mangsa ini dipercayai diserang oleh individu yang sama kerana berpakaian serba hitam, menyandang beg silang warna hitam dan memakai pelitup muka yang tidak pasti warnanya serta memakai selipar berjenama Adidas.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen. Bukan itu sahaja, para netizen turut menasihati agar wanita lebih berhati-hati dan tidak jalan berseorang di tempat sunyi.
Dalam pada itu, para netizen turut mencadangkan agar pihak pengurusan memperketatkan kawalan keselamatan kerana kejadian ini sering terjadi di Tamarind Square.
Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek serta kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Tamarind Square berhubung isu berkenaan.
Dalam satu kenyatan, Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki berkulit gelap dan matanya juling bagi membantu siasatan berhubung dua kejadian ini.
Semoga pelaku ini segera ditangkap pihak polis, take care and stay safe guys!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment